Klung kling klang klung klang!
“Opps! I did it again. Wat malu kaum je. Ish aku ni. Mata letak kat kepala lutut agaknya. Syiling siapa pulak yang tercicir ni? Walaupun 10 sen, berharga ni”
Teringat masa zaman-zaman duduk asrama (APK) sekitar tahun 2002-2003 dulu. Pergi outing kat kedai favourite, Gedung Harian, sebab barang dia semua murah-murah. Masa tu teringin nak makan coklat Cadbury perisa Black Forest yang berharga RM2.00. Ingatkan dah cukup duit. Rupanya dalam kocek ada RM1.90 je. Pulak tu RM1.90 tu semuanya syiling. Tak cukup lagi 10 sen je! Aduh.
Diam seketika. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan tercari-cari jawapan yang tak pasti.
“Mungkin rezeki aku agaknya. Kalau bukan rezeki aku, mesti orang lain yang jumpa dulu ataupun mesti tuan punya syiling ni tak tercicir duit dia. Bismillahi tawakkaltu ‘alallah. Moga-moga tuan punya syiling ni meredhai duit dia yang tercicir ni…”
Tanpa rasa sangsi, aku kutip syiling tu dan terus berlalu dengan bangganya sambil tersengih-sengih kambing seolah-olah aku akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka dalam masa terdekat. Tengah duk jalan-jalan tu, tiba-tiba…
“Eh, macam kenal je benda alah tu. Hmm…”
Berfikir sejenak.
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI."
Tersenyum sendirian bila ternampak satu benda yang berbentuk love(hati) tak jauh daripada tempat aku berdiri. Aku pergi mendekati love(hati) tu. Ada gambar Siti, artis favourite. Seingat aku, kat depan dia tertulis tabung untuk kanser bla…bla…bla…(ingatkan dah ingat, rupanya lupa jugak. Yang pastinya, love(hati) tu adalah tabung warna merah). Setibanya aku kat tabung tu, aku terus masukkan syiling yang aku jumpa tadi kat dalam mulut dia.
“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku dermakan 10 sen yang aku jumpa ni. Semoga hidup aku sentiasa diberkati dan dipelihara olehMu ya Rabbi…”
“Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu memberikan sedekah sebelum mengadakan pembicaraan dengan Rasul? Maka jika kamu tiada memperbuatnya dan Allah telah memberi Taubat kepadamu maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Mujadilah, 58 : 13)
Aku terus melangkah pergi menjauhi tempat kejadian. Tak sampai 5 langkah aku berlalu, tiba-tiba aku terpaku, tersentak, tergamam dan yang sewaktu dengannya. Terjumpa pula syiling 20 sen. Tak sempat aku nak tersepak, dia dah muncul dulu sebab lepas tersepak duit 10 sen tadi aku terus jalan sambil tengok ke lantai.
“Subhanallah, Maha Suci Engkau. Inilah rupanya jawapan yang Kau nak bagi pada aku. Aku sedar bahawa aku sentiasa dalam perhatianMu ya Allah”
Mata aku mula berkaca-kaca dek butiran permata air. Air tu terus melimpah ke pipi. Air mata keharuan namanya. Terharu dengan pelajaran dan pengajaran direct daripada Allah. Allah tak perlu CCTV untuk mengintip gerak geri aku. Allah punya cara tersendiri untuk mendidik aku. ~Ujian adalah tarbiah dari Allah…
Tak lama kemudian, kedengaran suara azan Asar berkumandang daripada corong earphone telefon bimbit yang aku sumbat ke telinga sejak beberapa jam yang lalu. Hampir aku lupa yang aku pasang radio siaran IKIM tadi. Tanpa mengendahkan syiling 20 sen tu, aku terus berlalu pergi sebab aku tau bukan itu yang aku perlukan. Aku hanya perlukan keberkatan daripada Allah. Cukuplah Allah bagiku. Aku bergegas ke surau berhampiran (padahal ada satu surau je kat Jusco tu) untuk menunaikan kewajipan seorang muslim.
~Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita daripada melakukan perbuatan yang KEJI dan MUNGKAR!
[End of story]
_______________
So kawan-kawan, inilah yang dikatakan A. B. C. iaitu Allah Bagi Cash. Ingatlah bahawa Allah Maha Melihat. Walau kat ceruk mana pun kita duduk mahupun berdiri, Allah tau apa yang kita buat, hatta apa yang ada dalam hati kita. Dalam situasi kat atas ni, point yang saya nak ketengahkan ialah bersedekah tu amalan mulia yang boleh menyucikan harta(rezeki) pemberian Allah kepada kita. Bersedekahlah dengan ikhlas. Bila kita sedekah 10 sen, Allah balas 2 kali ganda iaitu 20 sen. Tidakkah itu A. B. C.?
Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara: sedeqah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang mendoakan."
Namun harus diingat, setiap sesuatu nikmat yang diberikanNya tu ada amanah yang kita perlu tunaikan sebagai khalifah Allah di muka bumi.

_______________
p/s: Peristiwa yang diceritakan ni merupakan pengalaman yang dialami oleh penulis sendiri namun diolah di beberapa babak sebagai penyedap dan penyudah cerita. Sesungguhnya segala yang baik dan buruk itu daripada Allah dan penulis mengakui bahawa yang buruk tu disandarkan kepada kelemahan beliau sendiri. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca!

2 comments:
Salam
~annur, saya selalu melalui pengalaman yang mana akan mengingatkan diri kepada Allah, namun hafalan tentang hadis dan ayat Al-Quran sangat teruk..so sedih la, sebab tahu everything happen is always berkaitan denganNya..
like dis.... =)
Post a Comment