Time is precious



Santai

Sunday, April 11, 2010

Sesuatu itu akan lebih berharga apabila ia telah tiada...

Kruuuk...kreeek...kruuuk (perutku mendendangkan lagu yang tak asing lagi iaitu lompat si katak lompat...)...Kenapa katak melompat? Kerana kehausan dan kelaparan... Maka ia memanggil hujan buat peneman...setuju ke dengan konsep ni? hehe


Assalamualaikum w.b.t...dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mulakan bicara manis salam wasilah khas buat sahabat-sahabata para pembaca yang setia.


Tajuk macam gempak je kan. Tapi isinya hampeh. Tidak, tidak, tidak. Bagaimana anda mengatakan bahawa isinya hampeh wa hampagas sedangkan anda baru sahaja melangkah ke alam maya 'Nur Malam' ini? Jadi elakkan daripada membuat persepsi awal. Bak kata orang putih-putih atau orang-orang putih, 'don't judge too quickly' atau dalam bentuk pepatahnya, 'don't judge the book by it's cover'.


Bila dah dekat-dekat exam ni, idea mula la berkembang dengan pesat umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Tangan pun menggatal nak menaip. (Annur, you are allowed to make this post just for 30 minutes only!) - monolog Annur. Untuk pengetahuan anda, exam paper pertama saya ialah pada 13 April bersamaan hari Selasa ini. Tajuknya Kaedah Pengajaran Sains. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah subjek iaitu Dr. Rohaida Mohd Saat. Sebenarnya mukaddimah saya yang di atas itu ada kaitannya dengan kursus ini.


Kaitan?


Ya kaitan. Memang ada kaitan. Anda mungkin mengatakan bahawa mukadimah atau pengenalan yang saya gunakan seperti yang tersebut di permulaan bicara maya ini tidak sesuai dengan tajuk yang diberi. Namun saya diajar oleh Dr. Rohaida supaya melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pelajar terutamanya sebelum memulakan sesi pengajaran di kelas (sekolah). Aktiviti ini ditulis sebagai set induksi (induction set) dalam rancangan pengajaran (lesson plan). Reminder, saya ialah bakal guru. Jadi, saya cuba mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Kepada sesiapa yang mengatakan 'ada aku kisah?' sememangnya anda tidak kisah kerana anda mungkin bukan bakal guru atau pensyarah dan yang sewaktu dengannya.


Jangan lari tajuk


Baik, terima kasih atas peringatan. Saya akan cuba untuk tidak lari tajuk buat kali ini. Teringat sewaktu di alam persekolahan, yang dikatakan zaman cinta monyet. Saya diberikan ayat ini: 'sesuatu itu akan lebih berharga apabila ia telah tiada'. Walaupun cinta itu memang sudah dibawa lari oleh seekor monyet tempatan, namun saya tidak merasa rugi kerana ayat tersebut masih berbaki dalam memori yang mana saya boleh gunakan ayat ini sebagai suatu bentuk motivasi untuk lebih maju.


Seiring dengan sifat seorang insan, manusia tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Jika dinilai daripada satu-satu aspek iaitu aspek perkembangan proses pembelajaran, sememangnya wujud rasa tersebut. Kalau dia seorang budak kecil, dia nak cepat-cepat membesar dan memulakan persekolahan. Kalau dia seorang pelajar sekolah, dia nak habis belajar cepat-cepat, then masuk universiti. Kalau dia seorang pelajar universiti, dia nak habiskan jumlah jam kredit cepat-cepat, then masuk ke alam pekerjaan pula. Tapi bagi seorang penjawat awam pula sebaliknya. Berkeinginan pula kembali ke alam universiti. Begitu juga dengan pelajar universiti tadi yang ingin kembali ke alam persekolahan yang meriangkan dan seterusnya pelajar sekolah yang ingin kembali ke pentas yang sebelumnya.





Annur, anda ada masa 5 minit lagi


Ok, masa selalu cemburu. Jadi saya sudah dibatas kesimpulan. Apa yang saya ingin highlight kan di sini ialah kita seharusnya memikirkan tentang masa kini dan masa hadapan. Tidak dinafikan bahawa terkadang kita harus menoleh ke belakang, menilai kembali sejarah-sejarah yang sudah tercatat untuk memastikan tiada pengulangan kesalahan yang sama. Namun fokus kita ialah untuk masa sekarang dan yang akan datang. Hargai setiap yang ada dan yang bakal ada(suami? ngee (^.~)y)...jangan persoalkan lagi apa yang tiada.


Nasihat saya


Kepada kawan-kawan yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini dan bakal bergraduasi pada tahun ini, manfaatkanlah masa yang berbaki ini untuk menikmati alam universiti yang sungguh mencabar ini supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Kepada diri saya sendiri, bersabarlah walaupun bakal ditinggalkan kawan-kawan anda itu kerana anda masih ada 1 tahun untuk grab segala yang anda belum dan perlu tahu di alam kampus ini.


Masa kecederaan


Pada masa kecederaan yang diberikan oleh saya sendiri ini, saya ingin mengambil ruang dan peluang untuk menyusun jari yang sepuluh tu untuk memohon maaf jika ada kesalahan yang tidak termaafkan sebelum-sebelum ni. Mari kita sama-sama saling mendoakan agar kita berjaya menuju puncak menara gading, menjadi insan yang berjaya, menjadi penyumbang kepada agama Islam tercinta, bangsa dan negara ini. Ok, masa untuk ulangkaji telah tiba. Selamat belajar. Semoga berjaya semua! (^^,)





Tamat. (11 April 2010, 3.45PM, Main Library UM)


Ping-pung! "Sila ambil perhatian, perpustakaan akan ditutup dalam masa 15 minit dari sekarang, terima kasih..."...oh, apakah? huhuhuhuhuhu...


2 comments:

syuhadah dzarawi said...

GOOD LUCK EXAM!! JANGAN MAIN-MAIN- FOKUS=)

Wan Nur Shuhada said...

thanks! yep, fokus...doakan ek...mintak maap salah silap...(",)