Time is precious



Santai

Wednesday, November 4, 2009

Tips-tips memecut dengan kelajuan maksimum...

Ini bukan kisah Tokyo Drift, bukan juga kisah Malaysian Drift and so on...walaupun saya kerap memecut si Mojacko da orange melebihi had laju, tapi hari ni bersempena dengan musim 'exam fever' ni saya nak kongsikan tips-tips membuat pecutan akhir untuk menghadapi peperiksaan yang saya timba semasa satu sesi ceramah di Masjid UIA, PJ suatu ketika dulu. Perhatikan gambar berikut:




Saya yakin dan percaya anda tentu familiar dengan pelari pecut muslimah di atas. Ya, beliau merupakan wakil pelari pecut daripada Bahrain-Ruqaya Al-Ghasara. Untuk pengetahuan semua, saya juga merupakan seorang pelari pecut di zaman sekolah dulu. Tapi tidaklah sehebat beliau. Terhenti di pertengahan disebabkan perubahan fizikal yang dirasakan tidak sesuai untuk saya meneruskan kerjaya di bidang tersebut. Huhu.

Walau bagaimanapun, saya dapat rasakan apa yang dirasai oleh pelari pecut. Mungkin pelari pecut pada jarak 100 meter tidaklah begitu terasa kepedihan dan keseksaannya disebabkan jarak dan masa yang terlalu singkat. Strategi terpenting ialah anjakan pada permulaan larian.

Saya fokuskan kepada pelari pecut 400 meter. Ya Allah memang seksa nak melengkapkan satu pusingan balapan(track). Memerlukan sepenuh tenaga, kekuatan dan keyakinan mental dan emosi untuk sampai ke garisan penamat. Ada satu strategi yang dimainkan sesetengah pelari 400 meter.
1) Bermula dengan larian langkah besar pada 200 meter pertama
2) Mula mengumpul sepenuh tenaga dan kekuatan serta semangat dalaman pada meter ke 300
3) Memecut dengan langkah lebih laju pada meter ke 100 terakhir, lupakan segala hiruk pikuk dan hingar bingar sekeliling, menggunakan sepenuh tenaga untuk sampai ke garisan penamat


Apa kaitannya dengan peperiksaan

Memang ada kaitan. Jika ingin dikaitkan, bayangkan seolah-olah kita berada pada 100 meter terakhir untuk sampai garisan penamat itu. Pada ketika ini, kita harus melupakan segala perkara yang tidak berkaitan dengan situasi pada ketika itu...apa yang harus dilakukan? Untuk melakukan ini, kita perlu kepada beberapa pemfokusan. Sebelum itu, perlu saya mengingatkan di sini, dengan memberi tips ini bukan bermakna saya menggalakkan anda ulangkaji pada saat akhir ye. Jaga-jaga...hehe ^_^


TIPS PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN

1) Fokus minda :-

Perlu untuk anda berikan matlamat khusus. Contoh: Hari ini nak habiskan topik ini untuk subjek ini dan ini. Beri fokus untuk bertindak.

2) Fokus masa :-

Utamakan perkara yang utama, perkecilkan perkara kecil. Contoh: Masak di rumah supaya puas hati tapi makan masa berjam-jam(saya la tu...hehe) atau beli bungkus di kedai yang sambil-sambil menunggu boleh baca nota sikit-sikit...yang mana lebih sesuai buat masa ni? Tepuk dada, tanyalah iman anda.

3) Fokus 100% cara :-

Sebagai pelajar universiti, peperiksaan merupakan sebahagian daripada penilaian selain daripada penilaian berterusan (continuous assesment). Selain itu, markah setiap subjek juga akan dibawa untuk pointer yang juga akan mempengaruhi pointer-pointer seterusnya. Dalam memperolehi pointer yang baik, kita perlu mengetahui teknik yang paling sesuai untuk setiap subjek. Untuk mengetahui teknik menjawab bagi subjek tertentu, perlulah merujuk kepada pensyarah masing-masing. Ada pensyarah yang cukup satu perkara(point) sebagai jawapan tanpa perlu dihuraikan. Ada pensyarah yang nak banyak perkara beserta huraian dan contoh. Selain itu, kita juga perlu mengambil tahu maklumat terkini tentang peperiksaan tersebut seperti perubahan masa atau tempat dan yang paling penting ialah topik apa yang bakal ditanya. Ini penting untuk kita mengecilkan fokus. Satu lagi, kita kene fokuskan perkara yang kita lemah. Contoh, saya suka buat latihan matematik. Asyik buat je sebab rasa seronok sedangkan ada subjek yang saya lemah iaitu subjek yang memerlukan pembacaan (kimia la tu, tak lain tak bukan) dan melupakan latihan matematik yang saya dah mahir. Maksudnya, buat apa yang perlu bukan buat apa yang kita suka.

4) Fokus usaha :-

Akhir sekali, kembali kepada DUIT kita iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Perlunya disiplin diri yang tinggi untuk menjalankan segala strategi.

Menurut teori penyelesaian masalah oleh George Polya (December 13, 1887 – September 7, 1985), beliau mencadangkan alternatif penyelesaian masalah seperti berikut:-
i) Understand the problems given
ii) Plan for strategy
iii) Work out the plan
iv) Look back

Jadi teori penyelesaian masalah ini boleh diaplikasikan dalam berhadapan sebarang masalah sama ada berbentuk akademik mahupun masalah dalam kehidupan seharian kita. Namun step terpenting ialah untuk memahami masalah tersebut.

Jadilah manusia yang sentiasa merancang kerana orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal dan akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran...

Mari berdoa:

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa. Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Sekian sahaja, semoga bermanfaat!


Wednesday, October 28, 2009

Walimah

Alhamdulillah...salam semua, bertemu kembali...

Tahniah!!!

Semalam berkesempatan jumpe senior [K. Mai] yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama orang Perak [Ustz Wan Abdul Halim]...terima kasih atas kesudian belanja kami makan...and tahniah juge...banyak jugak petua-petua & peringatan daripada bakal raja sehari. Maka bertambahlah komitmen masa cuti saya...rase-rasenye planner ni dah penuh dengan tarikh-tarikh jemputan walimah rakan-rakan.

Risau

Bila difikir-fikirkan, risau juge sebab diri ni masih belum ada tanda-tanda ke arah membina masjid memandangkan ada beberapa kerat rakan karib dah mula buat perancangan bersama si dia. Tapi bila terbayang wajah abah & ummi, terencat kerisauan membina masjid, datang pula kerisauan yang lain. Abah & ummi dah semakin lanjut usia. Tahun depan abang ke-3 bakal menamatkan zaman bujang. Tahun berikutnya mungkin giliran abang ke-4 pula. Lepas tu??? Giliran saya kah? Ada dan tiada, bagi saya tidak mengapa. Kerana jika saya juga begitu, siapa yang bakal jaga abah & ummi? [Teringat tazkirah kak Shahida; selama tempoh kita hidup (saya: 22 tahun + 8 hari), berapa banyak pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu ayah kita? Kita
belum tentu malah jauh sekali boleh buat benda yang sama seperti mana mereka]. Terselit juga perasaan takut menghadapi kehidupan baru kelak. Namun itulah sunnah Rasulullah SAW yang dituntut hukum syara'. Zuriat perlu diperkembangkan. Sulit juga memikirkan hal ini. Biarlah masa menentukan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya.


Nasihat

Kepada rakan-rakan yang sudah merancang-rancang ke arah itu, tahniah saya ucapkan. Namun harus diingat, batas-batasnya perlu dijaga. Jangan biarkan diri anda tersasar. Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan nafsu dan manusia semata-mata. Semoga memperoleh keberkatan daripadaNya. Ameen.

Jadual walimah

1) Hasanah (nursing) - 28/11/2009, Jalan Kubur, Tanah Merah, Kelantan

2) Raihana Abdul Wahab & Dzulkhairi Mohd Noor - 29/11/2009 & 5/12/2009

3) Nurul Hidayah Ismail & Yusri Hafiz Yusoff - 30/11/2009 & 4/12/2009

4) Abdul Halim Hakimi & Noor Fakhriyah - 5/12/2009

5) Maisarah & Wan Abdul Halim - 5/12/2009

InsyaAllah dengan izinNya saya akan hadir ke majlis walimah tersenarai. Mustahil la untuk pergi semua kan...tahniah2!!! =)

p/s: kawan-kawan, kalau ade lagi walimah yang tak tersenarai tolong inform ye...tq

Friday, October 23, 2009

Rabbi Yassir Wala Tu'assir Wa Tammim Bil Khair


Oh Lord, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khair

This coming Monday will be da beginning of new episode for the war. I've to apply all the strategy to win da war...Yep, it's actually to win in da examination war...my 1st paper which will be on Monday is Mathematic's Teaching Method.

Due to that, I hereby would like to ask an apology to all of you for any mistakes i've done...for those who will be facing da same war, i'm hoping that we could win the war peacefully...let's strive to be the best for ISLAM...may Allah bless us...

"SUCCESS IS A JOURNEY, NOT A DESTINATION"

Keep on going! All the best...(^^,)

Sunday, September 20, 2009

Kupohon ampun & maaf



...peace for life...(^^,)

Besar mahupun kecil, tua mahupun muda, miskin mahupun kaya...hari raya sama dirai...sambutlah hari ini dengan penuh kesyukuran...

Sepuluh jari ku susun...
Seribu kemaafan ku pohon...

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA


The dos and don'ts

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ

إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar.

Tiada tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata, dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.

Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, amatlah benar dan tepat janjiNya, ia telah memenangkan hambaNya (Nabi Muhammad SAW), ia juga telah menguatkan tenteraNya dan Dialah jua yang telah mengalahkan musuh-musuh Islam yang bergabung dan berbagai-bagai golongan, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.

----------------------

Sebagai umat Islam yang beriman, kita digalakkan bertakbir, bertahmid dan bertasbih dengan sebanyak-banyaknya pada hari mulia, hari raya aidilfitri(raya puasa) dan aidiladha(raya haji). Dalam sebuah hadis ada menyebut:

Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Hiasilah kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis." (Riwayat Abu Nu'aim)

Jadi, eloklah kiranya jika kita dapat meneliti beberapa perkara yang sepatutnya dan tidak harus dijadikan amalan setiap kita di hari raya...


Amalan yang digalakkan di hari raya

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat aidilfitri
2) Menjamah makanan sebelum keluar
3) Memperbanyakkan takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
5) Memakai pakaian terbaik yang ada
6) Menukar jalan tempat solat (jalan pergi dan jalan pulang)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama muslim


Amalan yang perlu dielakkan di hari raya

1) Sentuhan antara lelaki dan wanita tanpa batasan
2) Tidak menjaga aurat antara ipar duai
3) Memakai wangian (bagi wanita)
4) Pakaian yang ketat dan nipis (bagi wanita)
5) Duduk hatta bersandar di atas kubur orang lain ketika berziarah
6) Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya
7) Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan (kerana kononnya menghormati bulan tersebut)

Sila baca artikel penuh --> klik di sini
Ehsan : www.zaharuddin.net



Ni je yang saya mampu...


Salam 1 Syawal 1430H...sebenarnya rasa cemburu sangat dengan kawan-kawan yang dah boleh bagi duit raya kat parents, adik-beradik dan rakan taulan (maybe...huhu) sedangkan saya masih di bawah tanggungan kedua ibu bapa terchenta...uhuk...uhuk...jadi sekadar gambar je la yang boleh diberi...tapi saya tetap bersyukur sebab walaupun dah tua-tua bangka macam ni, masih ada yang sudi hulurkan duit raya...

Mekasih la kepada abang-abangku yang baik hati. Kepada abang apis yang dah nak kawen tu, maybe ni duit raya terakhir kot. Kepada abang sharul, tahniah sebab berjaya langsaikan semua duit raya yang tertunggak daripada 3 tahun lepas tu. Dapat bonus 3 tahun la kali ni...ha lain kali jangan tangguh-tangguh lagi ye...hehe

Saya ingin mengambil kesempatan ni, mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin' buat semua kaum muslimin. Mohon ampun dan maaf andai ada kekhilafan diri yang disengajakan ataupun tidak. Kepada kawan-kawan yang belum terima sms ucapan raya daripada saya, bukan bermaksud saya dah melupakan kalian. Mungkin sms tersebut tersekat di tengah jalan dek kerana banyak sangat sms yang pending. Haish!

Jemputlah ke teratak saya yang tak seberapa ni. Tapi sebelum plan nak datang tu inform la dulu ye. Dapat jugak saya sediakan juadah buat menyambut tetamu istimewa...huhu...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

Ikhlas daripada Wan Nur Shuhada sekeluarga


Abang apis


Abang sharul

Abah & Ummi (suka la tu dapat wit aye...huhu)

Bermaafan di pagi mulia

Dari kiri: Abg apis | adeq | abah | ummi | me(^.~) | Abg sharul


Saturday, September 12, 2009

No math in Sudoku....


I am a Sudoku-ista. Every weekday night, I solve (or try to solve) the Sudoku puzzle in my hometown newspaper.

I have slowly realized that Sudoko teaches many of journalism's best lessons: accuracy, attention to detail, the importance of looking for patterns and the fact things are not always what they appear to be.

The puzzle is most frequently a large square made up of 12 smaller squares. Some cells already contain numbers. The goal is to fill in the empty cells, one number in each, so that each column, row and region contains the numbers 1 through 9 exactly once. Each number in the solution therefore occurs only once in each of three "directions," hence the "single numbers" implied by the puzzle's title, according to the website Sudoku Central.

Let's start with: Things are not always what they appear to be. Sudoku appears to be about numbers. It's not. There is no math in Sudoko. Zip. Nada. None. The numbers are simply a device to teach you how to think through a problem and arrive at the right conclusion based on the evidence before you. It teaches logical thinking.

Immigrants love it because language is not a barrier.

Then there's accuracy. If one number is wrong, the whole puzzle is wrong. That's a terrific lesson in accuracy. People can work for several hours (as I did last night) only to realize they made a mistake some place in the puzzle. It's all over.

One mistake in a story casts the entire story into question.

Paying attention to detail is another lesson. Sudoku has vertical and horizontal columns and 12 small squares. When placing a number in a bottom row, you have to check to insure that number appears no other place in that square or at the top of that column. (That's the mistake I made last night.)

If you've put a number on the left-hand side of a row, you have to insure that same number doesn't appear on the right-hand side of the same row. Lack of attention to detail can doom all your hard work.

Finally, the puzzle rewards seeing patterns. This is the real secret to solving a Sudoku puzzle: Look for patterns among the numbers already in the puzzle.

My cousin Marion, a former high school math teacher, loves crossword puzzles, but not Sudoku. Recently I told her of my affection for Sudoku. She looked at the puzzle and started putting in numbers.

"How did you figure out that number so quickly," I added incredulously.

"I looked at the patterns," she answered.

"How do you know to do that? I'm a journalist, and a friend had to tell me that."

"I'm a math teacher, and that's the first thing you do when someone gives you a set of numbers. You look for the patterns."

We journalists tend to plunge into stories. It always pays to take some time to gather background information from the clips, from a Google search, from Census data or other available sources of information. Delay reporting long enough to detect patterns and trends.

Now, I have to work today's puzzle.


August 8, 2008
Bobbi Bowman

Bobbi Bowman, a longtime newspaper reporter and editor, is diversity director for the American Society of Newspaper Editors.(source: http://www.mije.org/bobbibowman/sudoku)


I am the one, who also has been addicted to this puzzle. I can feel my mind being generated by the puzzle...hehe...hey! try it for once...the puzzle is not for a math lover...because there is no math at all in SUDOKU...the numbers is just a tools for this puzzle...